Sains tanah ialah kajian terhadap
tanah sebagai
sumber semula jadi. Dalam sains ini dipelajari pelbagai aspek mengenai tanah, seperti pembentukan, klasifikasi, pemetaan, pelbagai ciri-ciri fizikal, kimia, biologi, kesuburannya, sekaligus mengenai pemanfaatan dan pengelolaannya.
[1] Tanah ialah lapisan yang menyeliputi bumi antara
litosfera (batuan yang membentuk
kerak bumi) dan
atmosfera. Tanah menjadi tempat tumbuh
tumbuhan dan menyokong kehidupan
haiwan dan
manusia.Sains tanah dipelajari oleh pelbagai bidang ilmu pengetahuan, seperti sains kejuruteraan,
agronomi/
pertanian,
kimia,
geologi,
geografi,
ekologi,
biologi (termasuk cabang-cabangnya), ilmu
sanitasi,
arkeologi, dan
perancangan wilayah. Akibat banyaknya pendekatan untuk mengkaji tanah, sains tanah bersifat multidisiplin dan memiliki sisi
sains tulen mahupun
sains gunaan.Sains tanah dibahagi menjadi dua cabang utama:
pedologi dan
edafologi. Pedologi mempelajari tanah sebagai objek geologi. Edafologi, atau ilmu kesuburan tanah, mempelajari tanah sebagai benda penyokong kehidupan.
[2] Keduanya menggunakan alat-alat dan sering kali juga metodologi yang sama dalam mempelajari tanah, sehingga muncul pula disiplin ilmu seperti
fizik tanah,
kimia tanah,
biologi tanah (atau ekologi tanah), serta ilmu pemeliharaan tanah. Kerana tanah juga memiliki aspek
ketataruangan dan
sivil, berkembang pula disiplin seperti mekanik tanah,
pemetaan (kartografi),
geodesi dan pengukuran tanah, serta
pedometrik atau pedostatistik. Penggunaan informatik juga melahirkan beberapa ilmu campuran seperti
geomatik.studi tentang biodata (organisme) yang hidup dan beraktivitas di dalam tanah, yang melalui aktivitas metaboliknya ialah biologi tanah.
[3]